Assalamualaikum bloggers and readers.
Selamat tengah malam semua. Rahsia yang telah disembunyikan dan di simpan rapi,telah pun terhidu segalanya. Kini tiada lagi rahsiah. Memang terasa lega dan tiada beban terasa. Tetapi ada hati yang telah di lukai,telah diguris perasaan mereka. Mama dan bapa. Ya ALLAH,hamba sungguh takut. Perasaan sebegini tidak pernah singgah walau seminit pun dihati ini sebelum ini. Ya ALLAH ya Rabb,ampunkan hamba mu ini. Sesungguhnya,dengan kerendahan hati hamba memohon keampunan padaMu Tuhan.
Sungguh perit perasaan ini,tapi perit lagi apa yang di tanggung mama dan bapa. Fidah tidak sanggup menderhaka terhadap mama dan bapa,tapi entah mengapa ini jalan yang fidah pilih. Mama dan bapa telah mendidik fidah sepenuhnya agar menjadi insan berguna. Contoh terbaik buat adik-adik. Tapi fidah tidak memberikan contoh yang baik buat mereka. Fidah lebih teruk dari segalanya. Tetapi fidah sangat sayangkan mama,bapa dan adik-adik.
Fidah sanggup berubah dan meninggalkan semua ini untuk hidup kita. Tolong bagi fidah peluang yang terakhir. Fidah janji tidak akan mensia-siakan peluang dan kepercayaan mama dan bapa lagi. Ini janji dan ikrar fidah. Tolong lah mama,bapa.
Bapa,fidah minta ampun maaf atas semua kesalahan yang fidah lakukan. Dari sekecil zarah dan dari yang terzahir ataupun tidak. Walaupun tidak pernah menyatakannya,tapi fidah sangat sayang bapa. Tiada bapa yang hebat boleh gantikan tempat bapa di dunia ini.
Mama,fidah minta ampun maaf. Syurga fidah di bawah tapak kaki mama. Tolong ma,fidah takut jadi anak derhaka. Sungguh. Tolong ampun kan fidah ma. Fidah menyesal ikut kata hati yang memakan diri fidah sendiri.fidah sayang mama,walaupun jarang menyatakan hal itu. Tapi hakikatnya mama adalah segalanya buat fidah. Fidah takut kehilangan keluarga kita ma.
Adik-adikku sayang (hakidz,sidah,cheng,nong,mamming,iong,ieka,oyeen & efan)
Kakak minta maaf sama kamu semua. Sebab kakak tidak pernah bagi contoh yang baik buat kamu semua. Pesan kakak,jangan sesekali ikut macam kakak. Jangan pernah bermimpi mau jadi macam kakak. Nauzubillah. Cukuplah kakak seorang saja yang telah memalukan keluarga kita. Cukuplah semua penderitaan mama dan bapa disebabkan kakak. Jaga mama dan bapa baik-baik. Syurga kita semua dibawah tapak kaki mama. Kasih sayang bapa sampai mati tiada pengganti! Sayanglah mama dan bapa seperti mana dorang sayang kita.
Nur Khalisah Humairah. Anak mummy,anugerah yang terindah buat mummy. Mummy minta maaf sayang kerana telah menjadikan humairah mangsa keadaan. Tetapi InshaALLAH,semua ini akan pulih seperti sedia kala dengan izinNya. Humairah anak mummy dan dady,tiada siapa yang dapat nafikan itu. Jadilah anak yang solehah,jangan sesekali jadi macam mummy. Mummy sayang humairah sangat-sangat sampai syurga. InshaALLAH.
Aneng. Semua ini salah kita berdua. Tetapi kau lebih bersalah!
Aneng's family. Walau ini salah kami,tetapi seharusnya kamu lebih memahami. Dan cuba memperbaiki keadaan kami (aneng&fidah). Tetapi sebaliknya kamu biarkan kami sendiri. Dan buruknya,kamu telah memalukan keluarga kami. Tetapi kamu tidak berniat untuk mohon maaf!
Ya الله Ya Tuhanku. Hambahmu ini,memohon keampunan. Hulurkan la hidayah dan rahmatMu kepada kami semua Ya الله. Jangan la ada apa-apa berlaku kepada kedua ibu bapaku dan keluarga ku ya الله. Cukuplah setakat ini ya الله. Hamba memohon ya tuhan ku. Ampunkan la diri ini ya Rabb.
Aamiin Ya الله.
P/s : Jangan lah pilih jalan yang tidak diredhai kedua ibu bapa kita. Redha ibu bapa penting untuk kita. Terima kasih sudi baca luahan rasa hati kita
Assalamualaikum,selamat malam.
No comments:
Post a Comment