Nuffnang's ads

Tuesday, 19 February 2013

Apalah nak jadi?


Assalamualaikum and hi korang ♥

Ok pagi tadi i was from seremban going to kepong sentral. Nak balik umah. Besa la hidup seorang yang takde kereta,kena la naik ktm kan. Dalam pukul 10.35 am dari seremban and sampai kat kepong sentral around 12 noon. Rasa lemau gak duduk dalam train lebih dari sejam. *walhal semasa dalam train sibuk snap pic sana sini. Buat muka cute sepanjang perjalanan kan. 

Jadi masa train sampai kat stesen tasik selatan ke serdang tak silap,naik la sepasang kekasih yang ter'over' ke'sweet'an (suka hati aku je letak imbuhan kat situ kan) mereka. 

Ada banyak tempat duduk,sibuk nak berdiri depan aku. And pasangan ni macam tak reti membaca agaknya,dah sah-sah situ ladies koc,masih gak bf dia duk berdiri situ tanpa menghiraukan sesapa. And tanpa menghiraukan sesapa yang berada kat dalam train tu and miss auliya kat depan dorang ni jugak,dorang berasmaradana,berasmara ok. Tanpa segan silu perempuan tadi meraba-raba badan bf die. Euww.. Kalau setakat kat luar baju tu takpe lagi,ni dia masuk tangan dia dalam baju bf dia. Dan diiringi hilaian tawa macam pontianak. Aku rasa macam nak lempang je budak dua ekor ni. Yang bf dia tu duk diam je la kena raba ngan awek kan. Gf dia yang hegeh-hegeh raba bf dia. Memang rasa nak terajang la budak pompuan tuh! Tapi buat tak tahu je la,tengok je la wayang free depan mata. Lau ada bebudak dalam koc tu tadi,memang aku sound gak budak tuh. (ceh,cakap cam berani kan.hihi). Dan samapi stesen midvalley pun dorang turun. Baru aman pemandangan den kann. :)

Pasangan tadi pada pandangan auliya bukan la orang malaysia. Bukan jugak indonesia. Mungkin orang thailand,vietnam atau seangkatan dengan negara itulah. Tapi apa yang pasti mereka bukan orang islam. Ntah la dorang ni halal ke tinggal kat malaysia ni kheennn. Hanya mereka la yang tau kan. Auliya takde masa nak tanya pulak kan. hihi. Tak yah banyak kan sangat la kan. Hari ni kita pulun update entri. Jyeeaaahh. Ada entri best sat gi.

No comments: