Nuffnang's ads

Monday, 4 March 2013

pray for Sabah


Assalamualamualaikum ♥

Hai korang. Barulah ada masa untuk update belog kan. Barulah ada masa nak taip entri kan *salahkan diri sendiri sebab terlalu busy. Huh. It's a more than a weeks after my last entry on February. Now we are in March. And 1Malaysia know about the worst situation in Sabah kan? Mengenai tuntutan sultan sulu keatas negeri sabah. Ke ada rakyat Malaysia yang tak tahu tentang benda ni?? We are 1 Malaysia,even negeri Sabah nun jauh di sana,kena merentasi laut china selatan untuk sampai kesana. Tapi rakyat Malaysia kan saling sayang-menyayangi dan kasih-mengasihi ♥.



 Pray for our beloved land. Sabah tanah airku!


Apa yang anda semua dengar dan lihat adalah tragedi yang benar-benar berlaku disini. In our beloved land. Sabah. Ini adalah peristiwa yang amat menyedih,menakutkan dan merisaukan. Bermula dengan Lahad Datu kini di Semporna & kunak bahkan Sandakan terasa debaran yang amat menakutkan. 

Info tambahan.

SEKADAR PENGETAHUAN TAMBAHAN!

Harap Maklum.  Kenyataan berikut bukanlah dari saya. Ia adalah "copy paste"dari sumber lain yang saya dapat dari tempat lain. 


Pada tahun 1878, Sultan Sulu telah menjual Sabah yang pada ketika itu dinamakan sebagai North Borneo kepada Kompeni Hindia Timur milik British. Pada tahun 1963, Britain melepaskan Sabah kepada Malaysia apabila rakyat Sabah membuat referendum untuk menyertai Malaysia bersama-sama Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Secara tidak langsung, dengan referendum yang telah dibuat oleh rakyat Sabah pada tahun 1962, tiada mana-mana pihak lagi yang berhak ke atas Sabah melainkan Malaysia!"
(copy & paste from other sources)

"Ya!!! Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram terlupa sesuatu, "baginda" atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk "menyewakan" negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada British (Sebelum pembentukan Malaysia). 

Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah dijajah oleh Jepun? Jika benar "Baginda" mempunyai hak di Sabah, adakah "baginda" pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan Sabah? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) 
Jawapannya TIDAK!!! 

Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir Presiden Macapagal pada 12 September 1962 untuk menghalang pembentukan Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" dan bersikap "lepas tangan" dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia. 

Malah sehingga sekarang, Kerajaan Malaysia tetap dan masih membayar RM5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi "baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "baginda" berhak mendapat 50% wang hasil ekonomi Sabah. Mungkin "Baginda" belum sedar yang penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "baginda" sebagai Sultan Borneo Utara lagi kerana Sabah sekarang adalah milik penduduk Sabah dan bukannya milik kesultanan Sulu lagi. 

Dan perkara yang paling menjadi persoalan sekarang adalah ;
MENGAPA BARU SEKARANG "BAGINDA" YANG SUDAH BERUMUR 70 TAHUN BARU TERHEGEH-HEGEH HENDAK MENUNTUT KEMBALI "HAK" KEATAS SABAH??? MENGAPA "BAGINDA" TIDAK MELAKUKANNYA AWAL2?? MENGAPA "BAGINDA" MEMILIH WAKTU SEKARANG? KENAPA??? FIKIR2KAN & RENUNG2KANLAH."
(copy & paste from other sources)



ِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ

فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


Maksud: Dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan membahayakan sesuatu yang ada di bumi atau yang ada di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu."
(An-Nisaa' 4:29)


Juga marilah kita sedekahkan al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi demi mempertahankan negara tercinta. Jom sama-sama kita berdoa untuk rakyat sabah dan seluruh rakyat Malaysia. #1Malaysia.



No comments: