Nuffnang's ads

Friday 25 January 2013

Salam maulidur rasul ♥


Assalamualaikum and hi :)

Kelmarin 12 rabiulawal 1434H adalah hari keputeraan Nabi kita Muhammad saw.

Setiap tahun pada hari itu (12 rabiulawal), umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيّدنامُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سيّدنا مُحَمَّ ..͡
▹Malaikat saja sanggup menghitung jumlah tetesan air hujan yg jatuh ke muka bumi ini...tp 1 yg tdk sanggup dia hitung iaitu jumlah Pahala orang yg berselawat kpd Rasulullah swt

♥ آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ♥ :) آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ:) ♥ آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ♥ :) آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ:) ♥ آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ♥ :)

Walaupun bukan hari 12 rabiulwal,kita seharusnya memperbanyakkan selawat dan salam keatas nabi junjungan kita Muhammad saw. Agar kita sentiasa berpegang pada sunnah dan ajarannya. Dan tanda kita sentiasa memperingati baginda saw. :) Inshaallah.
Salam maulidur rasul kawan-kawan.


No comments: